Saturday, November 6, 2010

BumbleBee

Bumblebee adalah Autobot kereta sport warna kuning yang sangat berani menentang Megatron dan koncu-koncunya.  Semasa Autobots and Decepticon dikesan kewujudannya dibumi dalam tahun 1984, Bumblebee adalah anggota pasukan terawal Autobots yang dihantar meninjau planet Bumi. Keinginan Bumblebee yang berkobar-kobar untuk menjadi yang pertama untuk bertemu hidupan di bumi, telah tidak kesampaian apabila Bumblebee tercedera dalam pertempuran dengan kumpulan Decepticons. Penyamaran Bumblebee dalam fizikal kereta telah membawa padah. Bumblebee si Kereta kuning yang rosak telah ditinggalkan dibengkel kereta terpakai - dijumpai dan dikesan oleh  seorang remaja bernama Sam Witwicky. Sam bawa Bumblebee yang disangkakan kereta "Chevrolette Sport" ke garaj keluarganya, yang kemudian dengan bantuan ayahnya membaik pulih kereta itu. Mereka terkejut apabila kereta kuning "Chevrolette Sport" bertukar menjadi robot. Bumblebee mengaturkan pertemuan pertama mereka dengan Optimus Prime, dan tugasnya sebagai perantara antara Autobots dan manusia berterusan.

Figure 1: Bumblebee 


Figure 2: Bumblebee ROTF



Figure 3: Bumblebee Tranforms



Membentuk Bumblebee :
 

*Di ambil dari SEANxLONG, di www.youtube.com

Binaan Bumblebee versi saya:


Bermain dengan Sam Witwicky:








No comments:

Post a Comment